Kelayakan dan syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
- bermula pada tarikh kemasukan 26 Jun 2025, jumlah dermasiswa yang akan diberikan adalah sebanyak RM1,500.
- setiap anggota atau anak anggota yang telah diterima masuk oleh lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam atau lnstitusi Pendidikan Tinggi Swasta untuk pengajian di peringkat sijil atau matrikulasi atau diploma atau ijazah atau sarjana atau doktor falsafah.
- setiap anggota atau anak anggota hanya akan diberikan dermasiswa sekali sahaja di dalam tempoh pengajian beliau. lni bermakna anggota atau anak anggota yang telah menerima dermasiswa sewaktu pengajian di peringkat sijil, tidak layak untuk menerima dermasiswa sekali lagi jika beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan seterusnya.
- dermasiswa akan hanya diberikan kepada anggota atau anak anggota yang diterima masuk ke lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam atau lnstitusi Pendidikan Tinggi Swasta dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kemasukan di mana permohonan lewat tidak akan dilayan.
- permohonan adalah dibuat melalui surat, dan dokumen-dokumen berikut hendaklah dilampirkan:-
- Surat Tawaran Masuk.
- Salinan Surat Beranak
- Salinan Sijil Saham KLB, dan jika tiada, sila nyatakan nombor keanggotaan KLB di dalam surat permohonan
Jika peruntukan untuk sumbangan ini telah habis digunakan maka pemohon perlu menunggu peruntukan untuk tahun berikutnya, jika ada dan anggota yang digantung keanggotaannya, dibenarkan untuk membuat permohonan lewat tetapi mestilah tidak lebih daripada tiga puluh hari (30) hari daripada tarikh keanggotaan beliau dipulihkan.