Strategi untuk mencapai Visi dan Misi

  1. Tumpuan hanya dalam aktiviti Perniagaan Perladangan dan kegiatan berkaitan dengan pertanian.
  2. Memberikan latihan kepada pegawai dan kakitangan mengikut keperluan.
  3. Meningkatkan keupayaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  4. Meningkatkan keupayaan sistem perakaunan di mana prestasi setiap unit perniagaan (profit centres) dapat dipantau dan dianalisa dengan berkesan secara bulanan.
  5. Membuat perbelanjaan modal yang boleh meningkatkan kecekapan dan/atau meningkatkan hasil dan/atau mengurangkan kos dalam jangka masa panjang.
  6. Meningkatkan perhubungan awam bagi memastikan hubungan baik dengan pembekal dan pengguna serta agensi-agensi yang berkaitan.
  7. Memastikan proses penjualan (sales) dilaksanakan dengan telus bagi mendapatkan harga yang terbaik yang secara langsung akan meningkatkan pendapatan kepada koperasi.
  8. Memastikan proses perolehan (procurement) dilaksanakan dengan telus bagi mengelakkan peningkatan kos kepada koperasi disebabkan ketidakjujuran.
  9. Memastikan daya maju (viability) sesuatu projek dikaji dengan mendalam sebelum dilaksanakan dengan mengambil kira segala faktor terutamanya faktor pasaran.
  10. Memberikan imbuhan yang kompetetif kepada kakitangan bagi memastikan kakitangan bermotivasi tinggi serta untuk mengelakkan pengaliran keluar skil (brain drain) kakitangan teras (core employees) demi perkembangan (growth) organisasi yang berterusan dan mengurangkan risiko ketidakjujuran kakitangan yang akan merugikan organisasi.
  11. Melaksanakan pembahagian kuasa (separation of powers) antara Lembaga dan Pengurusan bagi mewujudkan semak dan imbang (check and balance).