Tabung Derma dan Pemberian Tertentu

Tabung Derma Dan Pemberian Tertentu diwujudkan untuk memberikan bantuan kewangan kepada anggota dan waris anggota. Jenis-jenis bantuan akan ditetapkan dari masa ke semasa.

Berkuatkuasa pada 26 Jun 2025, kelayakan dan syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

a.          sumbangan khairat kematian yang diberikan adalah sebanyak RM2,400.

b.          untuk khairat kematian, hanya waris yang didaftarkan dengan Koperasi ini sahaja yang boleh memohonnya dengan menyertakan sijil mati anggota berkenaan.

c.          sumbangan kepada anggota mengerjakan umrah atau haji dipinda kepada sumbangan kepada anggota yang ke luar negara.

i.           jumlah maksimum sumbangan adalah RM1,800 dan ianya diberikan hanya sekali seumur hidup.

ii.          anggota yang telah menerima sumbangan umrah atau haji sebelum ini, sekiranya ke luar negara, adalah layak untuk memohon sumbangan sekali lagi

             tetapi jumlah maksimum sumbangan kedua tertakhluk kepada perkara berikut:-

a.          jika sumbangan pertama diberikan sewaktu jumlah maksimum yang boleh dipohon daripada tabung ialah RM600 maka layak memohon

             sumbangan kedua dengan jumlah maksimum RM1,200.

b.          jika sumbangan pertama diberikan sewaktu jumlah maksimum yang boleh dipohon daripada tabung ialah RM1,000 maka layak memohon

             sumbangan kedua dengan jumlah maksimum RM800.

c.          jika sumbangan pertama diberikan sewaktu jumlah maksimum yang boleh dipohon daripada tabung ialah RM1,500 maka layak memohon

             sumbangan kedua dengan jumlah maksimum RM300.

           iii.          permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang mengesahkan bahawa anggota telah ke luar negara serta resit perbelanjaan perjalanan ke

                         luar negara.

           iv.          jumlah sumbangan adalah terhad kepada jumlah maksimum atau perbelanjaan perjalanan, mana lebih rendah.

d.        bagi anggota yang dihospitalkan:-

           i.          bayaran sumbangan RM600 sehari adalah layak untuk dimohon. Jumlah maksimum tuntutan adalah terhad kepada RM1,800 setahun.

           ii.          untuk sumbangan dihospitalkan, anggota hendaklah menulis dan menyertakan dokumen hospital yang menunjukkan beliau telah dihospitalkan sebagai

                        pesakit dalaman (in-patient) untuk pertimbangan Anggota Lembaga Koperasi, dan keputusan Anggota Lembaga Koperasi adalah muktamad.

e.         waris sah bagi anggota yang telah menerima sumbangan hospital juga adalah layak untuk memohon khairat kematian apabila anggota meninggal dunia.

f.          untuk setiap jenis sumbangan, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh peristiwa (dihospitalkan/meninggal dunia/

  ke luar negara) di mana permohonan lewat tidak akan dilayan.

g.         Anggota Lembaga Koperasi dari masa kesemasa, jika keadaan kewangan Koperasi mengizinkan, boleh mengeluarkan apa-apa bentuk bantuan daripada tabung ini

  kepada anggota-anggota yang mempunyai maklumat perbankan di mana jumlah bantuan akan ditetapkan mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan

  semasa. Bagi anggota yang masih belum menghantar maklumat perbankan, beliau layak untuk memohon bantuan yang telah diluluskan oleh Anggota Lembaga

  Koperasi dengan syarat permohonan hendaklah dibuat dalam masa tiga (3) bulan dengan melampirkan bersama maklumat perbankan.

Jika peruntukan untuk sumbangan ini telah habis digunakan maka pemohon perlu menunggu peruntukan untuk tahun berikutnya, jika ada dan anggota yang digantung keanggotaannya, dibenarkan untuk membuat permohonan lewat tetapi mestilah tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari daripada tarikh keanggotaan beliau dipulihkan.